Sunday, July 5, 2009

Pembinaan Istilah Terjemahan

Bahasa adalah anugerah tuhan yang paling istimewa untuk manusia. Bahasa membolehkan manusia berkomunikasi. Manusia boleh berkomunikasi dengan menggunakan pelbagai cara sama ada menggunakan isyarat, kod, digital namun cara berkomunikasi dengan perantaraan ujaran lisan didapati lebih berkesan.

Bahasa Melayu adalah bahasa yang pragmatik sifatnya. Bahasa Melayu mampu menyerap kosa kata asing untuk disesuaikan dengan penggunaannya. Proses asimilasi ini berpunca daripada pertambahan bilangan penuturnya. Hal ini menggambarkan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa yang fleksibel dan mampu menarik lebih ramai penutur baharu.

Salah satu daripada pendekatan yang mungkin boleh melonjakkan bilanagan penuturnya ialah dengan membiasakan cara berbahasa dengan betul dan bukannya pendekatan yang berbentuk priskripsi semata-mata.

Bahasa Melayu itu sebenarnya mudah tetapi yang menjadi masalah ialah peraturan penambahan kosa kata yang agak sempit. Perkembangan bidang ICT umpamanya menyebabkan banyak penggunaan istilah teknikal daripada bahasa Inggeris. Penggunaan istilah yang popular daripada bahasa Inggeris sepatutnya tidak perlu diterjemah sebaliknya hanya perlu disesuaikan daripada aspek pengejaannya sahaja.

Contoh:

Bil
Istilah bahasa Inggeris
Istilah terjemahan
Istilah cadangan
1
Lap top
Komputer riba
Laptop
2
Download
Muat turun
Daunload
3
Enter
masuk
Enter
4
Web
sesawang
Web
5
Brouse
cari
Braus


Kesimpulannya . perancang pembinaan korpus bahasa Melayu seharusnya menyedari usaha menggunakan istilah terjemahan akan menyukarkan pengguna bahasa Melayu. Penggunaan istilah asal akan mempastikan ketepatan maknanya dan secara tidak langsung mampu menambah bilangan kosa kata bahasa Melayu.

Terpaksa berterus terang

Saya seorang yang pragmatis, dan sentiasa positif apabila berhubungan dengan orang lain. Saya juga seorang yang amat sukar untuk menghampakan orang lain, kerana saya juga tidak suka jika dihampakan. Oleh itu saya amat berpegang kepada prinsip bahawa kita perlu membuat orang lain berasa gembira, walaupun kadang-kadang saya yang akan menanggung akibatnya.

Rasa kasihan kepada seseorang itu yang membuatkan kita harus berfikir mengapa kita harus terus menyusahkan, berikanlah harapan yang bakal memberi sinar kepadanya. Tetapi kita tahu bahawa kita tidak boleh terus memberikan harapan palsu kepadanya. Ketahuilah bahawa kita tidak pernah berniat untuk menyusahkan, memalukan tetapi sedarlah setiap orang ada pendirian. Pendirian itu juga kadang-kadang kita tidak boleh pengaruhinya. Apa juga akibat daripada tindakan kita, kita sendirilah yang perlu tanggung.

Dalam konteks ini, kita harus akui bahawa kebaikan seseorang itu juga akhirnya akan dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan orang lain. Kalau itu yang berlaku kita terpaksa redha terhadap ketentuan ilahi. Wasalam

Saturday, July 4, 2009

Menanti Sebuah Harapan Samar

Malangnya kita ini hidup sekali di dunia ini. Perjalanan kita tidak ada pusing belakangnya, tetapi seharusnya tetap terus ke mercu yang hakiki. Mungkin kita perlu juga mengatakan dengan tegas bahawa kita juga tidak mampu untuk mengatakan sesuatu yang menghampakan. Tapi hakikatnya kita perlu dan kadang-kadang seharusnya perlu berterus terang bahawa kita juga tidak sampai hati untuk mengatakannya begitu. Sesuatu tindakan yang bukan mudah untuk diperkataan akhirnya juga kita harus meluahkannya juga. Hidup ini memang mendambakan sesuatu yang sepatutnya dimiliki tetapi adakah semua ketentuan tuhan itu kita pernah menyoalnya. Ketentuan itu ialah keadilan tuhan kepada umatnya. Apakah kita wajar menerima sesuatu ketentuan dan hanya pasrah. Bukan kita berasa baha ketentuan itu hanyalah sesuatu kenikmatan yang sukar untuk diceritakan.