Friday, August 14, 2009

Bumi Kian Berdarah

Bumi Kian Berdarah

Ini bukan tahyul atau omong kosong,
Tiada dusta mahupun klise dipinggir bibir,
Kini impian rakyat sudah nyata,
Melihat teknologi tanpa sempadan,
Melihat pembangunan merentasi alam,
Seiring keruntuhan moral dan akhlak,
Kerana terlalu taksub dan egois,
Bumi menjadi mangsa.

Syabas! Kalian insan yang sombong.
Teman-teman alam kian bersuara,
kita masih termenung,
Teman-teman rimba kian mengganas,
kita masih terlena,
Adakah kalian sedar itu semua?
Hutan hijau enak ditebang,
haiwan liar enak diburu,
Semuanya kerana wang dan kemewahan,
Kita jadi hamba hingga lupa pada yang Esa.

Oh alam,
Aku rindu akan pohon rendang,
Kicauan burung di angkasa raya
Mahupun unggas di padang lalang,
Keindahan rimba sungguh tenang jiwa,
Melihat bendang luas menghijau,
Aku jadi teruja,
Namun ke mana mereka semua?
Hanya ‘maut’ menjelaskan semuanya.

Hoi, insan bangkitlah dari lenamu yang sia-sia,
Adakah kau mahu teruskan egoisme ini?
Melihat anak cucumu terseksa,
Bertemankan tong oksigen sepanjang hayat?
Bertemankan suit kalis UV setiap masa?
Nah, itu yang kau mahu bukan?
Bukankah itu satu teknologi?
Syabas! Anda berjaya dalam misi ini!

No comments:

Post a Comment